34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Nahas helikopter di Bidor: Juruterbang disahkan maut

Katanya, ketika pasukan pencari dan penyelamat tiba, juruterbang warga Hong Kong itu ditemukan dalam kokpit helikopter

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JURUTERBANG sebuah helikopter yang terputus hubungan dengan menara kawalan semalam disahkan terbunuh selepas ditemukan sekitar Bidor, Perak pada pukul 8.20 pagi ini.

Pengesahan itu dibuat oleh Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri.

Beliau berkata, mayat Tsz Kin Richard Chan, 58, yang juga warganegara Hong Kong dibawa keluar oleh pasukan penyelamat dari kawasan Hutan Simpan Chikus sekitar pukul 10.12 pagi ini.

Katanya, ketika pasukan pencari dan penyelamat tiba, mangsa ditemukan dalam kokpit helikopter terbabit serta disahkan sudah meninggal dunia.

Katanya, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah memaklumkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkenaan penemuan bangkai helikopter yang terhempas di hutan berkenaan.4

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, pasukan penyelamat sedang berusaha membawa keluar juruterbang ke Hospital Ipoh.

“Setinggi penghargaan diucapkan kepada pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan semua yang terlibat di dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya menerusi Facebook miliknya hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang juruterbang bersama helikopter yang hilang diteruskan dengan membabitkan dua sektor iaitu di kawasan Hutan Simpan Chikus dan Kampung Kenangan, Jalan Bidor-Teluk Intan hari ini.

Mohd Yusri Hassan Basri bercakap kepada media berhubung operasi SAR sebuah helikopter yang dipercayai terhempas di Bidor, Perak.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, SAR dijalankan di kawasan dalam 5 kilometer (km) radius dari lokasi terakhir helikopter mangsa dikesan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC).

Helikopter yang dikendalikan seorang juruterbang dipercayai bukan warga tempatan itu berlepas dari Subang pada pukul 11.37 pagi dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh pada pukul 12.37 tengah hari.

Bagaimanapun, penerbangan helikopter Eurocopter EC120B dengan pendaftaran N409HH milik syarikat swasta itu dilaporkan gagal dihubungi KLATCC pada jam 12.16 tengah hari semalam. – Edisi 9

Terkini

Keputusan peperiksaan STAM 2023 diumum 26 Mac ini – KPM

KEPUTUSAN Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada hari Selasa, 26 Mac ini. Kementerian Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan