33.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Bengkel kenderaan pejabat pengangkutan IPK Kedah terbakar

Bagaimanapun kejadian itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Kedah mengesahkan satu insiden kebakaran yang berlaku membabitkan bengkel kenderaan, pejabat pengangkutan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah awal pagi tadi.

Bagaimanapun, Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, berkata kejadian berlaku pada jam 4.45 pagi itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

“Kebakaran itu telah memusnahkan pejabat pentadbiran pengangkutan, bengkel kenderaan, peralatan dan kelengkapan pejabat.

“Sebanyak 13 kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga musnah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, punca kebakaran nasih belum dikenalpasti dan anggaran kerugian juga masih dalam siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.

“PDRM Kontinjen Kedah ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada JBPM Kedah dan semua pihak yang terbabit dalam usaha memadamkan kebakaran dan menangani situasi ini,” katanya.-Edisi 9

Baca juga:   Nantikan Belanjawan 2023, 4 petang esok - PM

Wartawan

Terkini

Pusat Sains perkenal ‘Tiket Rahmah’

PUSAT Sains Negara mengambil inisiatif memperkenalkan harga tiket masuk yang lebih murah dikenali sebagai 'Tiket Rahmah' bermula hari ini...

Lagi Artikel Berkaitan