24.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

16 tahun menanti, Money No Enough 3 ke pawagam

Mesti Baca

PENGARAH siri filem popular, Money No Enough, Jack Neo mendedahkan pelakon utama bersama, Mark Lee pernah menyuarakan hasrat untuk tidak berlakon lagi dalam naskhah komedi berkenaan.

Jack berkata, sahabatnya itu berpendapat, selepas dua siri filem Money No Enough, naskhah berkenaan sudah dianggap klasik di hati peminat sehingga sukar menandingi kehebatan Money No Enough 1 dan 2.

Tetapi Mark Lee kembali menyertai dua lagi sahabatnya dalam filem ini dan berharap filem yang menunggu 16 tahun untuk diterbitkan itu akan memberi perasaan berbeza kepada peminat mereka semua.

“Saya berharap filem ini membawa perasaan berbeza kepada semua peminat yang mungkin pernah menonton dua siri terdahulu filem ini. Usia kami semua, jika digabungkan melebihi 180 tahun!.

“Saya mengenali mereka sejak mula berkecimpung dalam dunia komedi dan seni. Tidak ramai yang masih boleh bekerjasama apatah lagi bergandingan selepas 20 tahun,” kata Mark Lee.

Bercakap tentang cabaran, Jack Neo berkata, babak letupan, pertempuran senjata dan peperangan tidak akan boleh menyaingi cabaran mengarahkan naskhah yang mempunyai skrip yang tebal ini.

“Apabila seseorang itu memiliki wang dan orang lain tidak ada, apa yang akan mereka lakukan serta hasilkan adalah berbeza.

Advertisements

“Kelakuan seseorang ketika sedang kaya adakala membuat anda benci kepadanya.

“Anda juga boleh jadi takut kepadanya juga. Segelintir mereka mungkin tidak akan mengaku saudara dan melakukan perbuatan yang tidak baik. Saya percaya kita akan melihat atau mungkin melalui perkara sebegitu dalam hidup kita,” katanya.

Jack Neo berkata, dia mengharapkan agar filem ini dapat mencatat kutipan pecah panggung seperti dua filem sebelumnya.

“Semua ini bergantung kepada sokongan penonton daripada segenap lapisan masyarakat. Kisah kemanusiaan yang kami paparkan dalam filem ini sememangnya berbaloi untuk ditonton,” katanya yang juga penerbit bersama Money No Enough 3.

Filem terbitan Hijack PictureS dan MM2 Entertainment itu membawa penonton menyoroti kisah hidup tiga sahabat baik dari zaman kecil: Ah Fai, Ah Qiang dan Ah Huang yang berdepan kemelut hubungan kerana wang.

Money No Enough 3 yang sudahpun ditayangkan di seluruh pawagam menampilkan gandingan tiga sahabat, Mark Lee, Henry Thia dan Jack Neo di samping penampilan Patricia Mok dan Xiang Yun. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

95,000 syarikat di bawah HRD Corp bakal latih pelajar IPMA

SEBANYAK 95,000 syarikat yang bernaung di bawah HRD Corporation (HRDC) sedia menanti para pelajar latihan dalam industri daripada institusi...

Lagi Artikel Berkaitan