PELAKONĀ antarabangsa, Maggie Cheung Ho Yee sanggup membeli insurans untuk setiap inci kulitnya demi membintangi filem aksi komedi, Rob N Roll yang sudah ditayangkan pada 10 Februari lalu.
Maggi berkata, dia tidak pernah membawakan watak seorang pegawai polis dan karakter itu menuntut dia untuk melakukan pelbagai aksi berbahaya yang boleh memberi kecederaan tidak serius kepadanya.
āAda banyak babak tembakan malah letupan yang saya perlu lakonkan. Jadi saya perlu mengutamakan diri.
āTidak salah jika salah membeli insurans untuk satu badan kan?ā katanya sambil ketawa.
Pelakon berusia 54 tahun itu ditemui ketika hadir ke Kuala Lumpur bagi mempromosikan filem baharu lakonannya, Ron N Roll yang turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Aaron Kwok dan Gordon Lam.
Maggi hadir ke Malaysia menggantikan Aaron selepas pelakon lelaki itu mengalami kecederaan dan tidak dibenarkan untuk melakukan rangka promosi filem berkenaan di luar negara.
āSaya sangat gembira dan teruja untuk sama-sama mempromosikan filem ini. Saya pernah bekerjasama dengan Gordon di TVB menerusi pelbagai naskhah klasik.
āDalam pada masa sama, saya turut bimbang dan mengharapkan agar Aaron dapat pulih dengan segera,ā katanya.
Untuk info, ini adalah kunjungan kedua Maggie Cheung ke Malaysia selepas tujuh tahun. Kali pertama dia ke Malaysia adalah untuk menjalani penggambaran drama bersiri, Eastern Wallstreet pada 2017.
Rob N Roll edaran Mega Film Distributions turut mendapat kerjasama Elepfilm Entertainment, BT Media Space, Meta Live dan Aco Media.
Naskhah berkenaan diterbitkan oleh Er Dongsheng dan diarahkan oleh sutradara, Albert Mak.
Selain Kwok, Cheung dan Lam, filem berkenaan turut menampilkan Simon Yam dan David Chiang, selain penampilan istimewa oleh Lin Xue, Zeng Bitt, Wang Minde, Lu Haipeng dan Wu Dingxin.
Rob N Roll mengisahkan bekas ahli gusti, Mui Lam-tin (Kwok) yang bergelut dengan masalah hidup sehingga membuat keputusan dengan memberanikan diri merentas lautan ke Hong Kong untuk melakukan rompakan besar-besaran.
Bersama rakan-rakannya, Robby (Lam) dan Mo-yung Fai (Richie Ren) yang juga pekerja sosial rumah jagaan, mereka secara tidak sengaja membentuk pasukan perompak untuk mendapatkan wang.
Rompakan membawa mereka āberkenalanā dengan pegawai polis, Ginger (Cheung) yang nekad mahu menangkap mereka. -Edisi 9