25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

YEG Academy sasar 3 ribu pelajar untuk tahun 2024

Mesti Baca

SEDAR masih ramai yang tidak berminat menyambung pengajian selepas tamat persekolahan, YEG Academy terus melancarkan YEG Pesta Sambung Belajar untuk tahun 2024.

Memasuki tahun ketiga, kajian yang menunjukkan 72 peratus pelajar tidak mahu menyambung pelajaran agak merisaukan jika peratusan itu meningkat.

Menerusi YEG Pesta Sambung Belajar, diharapkan pelajar dapat menanamkan minat menyambung pengajian apatah lagi konsep yang diberikan menarik daripada biasa.

Ketua Pegawai Operasi YEG Academy, Mohamad Fikri Hasbi berkata, peratusan pelajar tidak mahu menyambung pengajian membimbangkan pihak mereka.

Justeru, dengan adanya kempen YEG Pesta Sambung Belajar #belajarteruskerja pelajar tidak perlu bimbang jika menganggur selepas tamat pengajian.

“Di YEG Academy kami menyediakan Program Work-Based Learning YEG dengan menawarkan konsep unik yang menyatukan pembelajaran teori dengan pengalaman praktikal di dalam industri.

“Program ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapatkan pendidikan berkualiti yang menyeluruh sambil merasai pengalaman praktikal dalam industri sebenar, melalui cara Pembelajaran Berasaskan Kerja (Work Based Learning).

“Ini sekaligus dapat menyelesaikan isu pengangguran dan masalah kewangan yang dihadapi oleh rata-rata pelajar di Malaysia,” katanya pada sidang media pelancaran program berkenaan, semalam.

Advertisements

Mohamad Fikri berkata, selama tiga tahun mereka sudah melahirkan kira-kira 15,140 pelajar dan rata-rata berjaya menamatkan pengajian serta terus dapat kerja.

“Kami gembira dengan sambutan yang diterima tiga kursus yang ditawarkan sangat mendapat permintaan tinggi.

“Namun begitu, kami akan terus mengadakan siri jelajah atau promosi dalam usaha menarik lebih ramai lagi pelajar untuk menyertai kami.

“Untuk tahun ini kami menyasarkan 3,000 pelajar akan bersama-sama YEG Academy,” katanya.

Beliau berkata, usaha ini akan diteruskan lagi ke kawasan pedalaman dalam memberi penekanan betapa pentingnya menyambung pelajaran.

Malah, YEG Academy juga akan melihat keperluan untuk menambah kursus yang bersesuaian dengan permintaan masyarakat pada masa akan datang.

“Kami akan terus menjalinkan kerjasama dengan banyak lagi institusi pengajian tinggi dalam usaha menarik perhatian pelajar lepasan SPM menyambung pelajaran.

“Kami tidak mahu peratusan pelajar tidak mahu menyambung pengajian terus meningkat. Ini tidak bagus untuk masa depan negara dan mereka sendiri,” katanya lagi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan