25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Tambang penghantaran, bonus baharu agar lebih adil – Grab

Mesti Baca

SYARIKAT perkhidmatan p-hailing, Grab Malaysia menjelaskan struktur tambang penghantaran dan bonus baharu yanh diperkenalkan bagi memastikan para rakan penghantar syarikat berkenaan dibayar secara lebih adil.

Grab Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pembaharuan itu berkuat kuasa pada Selasa lalu akan memberikan manfaat kepada rakan kongsi penghantar yang bekerja keras bagi memenuhi pesanan pengguna.

“Ia bagi memastikan tempahan yang memerlukan lebih banyak masa dan usaha akan dibayar dengan lebih adil.

“Tindakan itu merujuk kepada maklum balas terkini rakan kongsi penghantar mengenai perkara berkenaan,” katanya.

Grab Malaysia berkata, jaminan diberikan untuk menaikkan dan memberikan pendapatan atau bayaran bonus kepada semua rakan kongsi penghantar.

Pelaksanaan berkenaan bagi memastikan mereka mempunyai aliran peluang pendapatan yang lebih mantap.

“Penghantar akan menerima pampasan bagi setiap tempahan yang telah diselesaikan.

Advertisements

“Sebagai contoh, pesanan yang membabitkan masa menunggu lebih lama di restoran dan pengambilan makanan jarak jauh,” katanya.

Syarikat itu berkata, penambahbaikan dilaksanakan bagi memaksimumkan pendapatan termasuk memastikan ketibaan penghantar makanan di restoran lebih tepat apabila pesanan sudah siap.

Katanya lagi, kemudahan heatmaps permintaan pengguna juga ditunjukkan dalam aplikasi berdasarkan data masa nyata untuk mengenal pasti lokasi permintaan tinggi serta menerima lebih banyak pesanan semasa waktu puncak.

“Kami menaikkan bonus penghantaran jauh sebanyak 30 peratus. Mereka akan diberi pampasan untuk perkhidmatan itu dengan penekanan yang lebih besar pada tambang puncak, bonus prestasi dan mingguan.

“Bagi masa menunggu pula, kami akui keperluan mereka untuk menguruskan masa dengan baik. Bagi imbangi tempoh itu, kami tingkatkan pampasan masa menunggu,” katanya.

Grab Malaysia turut menjelaskan penghantar makanan akan memperoleh lebih banyak pekerjaan dalam pelbagai perkhidmatan, termasuk GrabExpress dan GrabMart. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan