27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Syarikat p-hailing setuju lebih telus dalam pengiraan upah – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN bersetuju untuk meningkatkan peruntukan bagi inisiatif dan latihan peningkatan kemahiran (upskilling) bagi penghantar perkhidmatan parcel hailing (p-hailing) di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dicapai selepas mendengar pandangan daripada syarikat pengendali dan keluhan penghantar berhubung isu kadar upah.

Selain itu kata Perdana Menteri, perbincangan antaranya berkisar tentang pendapatan penghantar, jaringan keselamatan sosial serta keperluan latihan peningkatan kemahiran. 

“Kesemua syarikat pengendali telah memberikan komitmen untuk lebih telus dalam penentuan dan pengiraan upah.

“Mereka turut bersedia meneliti dan memperhalusi lebih lanjut pandangan daripada pihak penghantar berhubung penentuan dan pengiraan kadar upah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Terdahulu, Anwar mengadakan perjumpaan dengan 24 syarikat pengendali perkhidmatan p-hailing susulan komitmen yang diberikan semasa perjumpaan bersama kumpulan penghantar pada 22 Julai lalu.

Hadir sama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook; Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dan Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, penelitian lanjut ini penting, bahawa dalam menambah baik kadar upah penghantar.

“Kepentingan pengguna khususnya di kawasan luar bandar harus kekal diutamakan agar tidak terbeban di samping turut mengambil kira keupayaan syarikat.

“Ikhtiar ini membuktikan kerajaan peka dan mengambil berat akan kepentingan semua pihak dalam meningkatkan penjanaan pendapatan rakyat dan memastikan kesinambungan perniagaan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan