28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Cubaan pindah diesel bersubsidi bernilai RM3.3 juta gagal

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menggagalkan cubaan memindahkan kira-kira 28,000 liter diesel bersubsidi bernilai lebih RM3.3 juta secara haram, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, bertindak atas maklumat risikan, bot ronda Maritim Malaysia diatur gerak ke Muara Sungai Paloh, Pasir Gudang pada pukul 12.30 tengah malam bagi menyiasat aktiviti yang mencurigakan di kawasan itu.

“Setibanya di lokasi, terdapat sebuah anchor boat dan lori tangki berada berhampiran dengan hos dan pam minyak bersambung antara satu sama lain.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, anchor boat dikendalikan tiga kru termasuk nakhoda terdiri daripada warga tempatan dan warga Indonesia berusia antara 29 hingga 64 tahun,” katanya menerusi Facebook malam tadi.

Advertisements

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen mengenai muatan diesel yang dipercayai dipindahkan dari lori tangki di lokasi berkenaan.

Menurutnya, Maritim Malaysia turut menahan dua lagi suspek yang berada dalam pacuan empat roda di lokasi kejadian terdiri daripada seorang warga tempatan dan seorang warga Myanmar berumur 48 dan 58 tahun kerana disyaki turut terlibat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 361(1) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952, Seksyen 135(c) Akta Kastam 1967, Peraturan 18 Akta Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021, Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan lain-lain akta berkaitan.

“Maritim Malaysia ingin menegaskan bahawa agensi ini tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam membendung penyelewengan dan ketirisan minyak bersubsidi,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan