Wednesday, June 17, 2026

Lopetegui tinggalkan Wolves tiga hari sebelum EPL bermula

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JULIAN Lopetegui melepaskan jawatannya sebagai ketua jurulatih Wolves, hanya tiga hari sebelum sepak mula Liga Perdana Inggeris (EPL), Sabtu ini.

Pengendali dari Sepanyol itu sebelum ini merupakan pengurus yang menerima bayaran tertinggi dalam sejarah kelab dan bakal digantikan oleh Gary O’Neil.

Lopetegui yang mengambil alih Wolves pada November lalu yang pada ketika itu bergelut di zon penyingkiran namun berjaya mengemudi kelab tersebut menamatkan musim di kedudukan ke-13.

Diafahamkan, pengunduran Lopetegui adalah disebabkan percanggahan pendapat dengan lembaga pengarah kelab berhubung polisi pembelian pemain.

Ini selepas Wolves melepaskan pemain utama seperti Ruben Neves kerana mahu mematuhi pengurusan kewangan yang adil (FFP) yang ditetapkan Premier League.

Kelab Molineux itu bagaimanapun hanya menandatangani dua pemain baharu, Matt Doherty dan penjaga gol, Tom King secara percuma, tindakan yang membuatkan Lopetegui berang.

Kelab itu bagaimanapun mempertahankan tindakan mereka dan mendakwa telah memberikan Lopetegui bajet perpindahan banyak pada Januari lalu sekitar RM450 juta bagi menyelamatkan Wolves daripada tersingkir.

Pemergian Lopetegui turut disusuli pembantunya, Pablo Sanz, Juan Peinado dan Edu Robio serta jurulatih kecergasan, Oscar Caro dan Borja Alonso. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan