33 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Infinite Athlete bakal taja jersi Chelsea

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENCARIAN Chelsea untuk penajaan jersi kelab berakhir selepas mencapai persetujuan dengan syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), Ifinite Athlete dengan tajaan melebihi RM2.34 bilion semusim.

Kedua-dua pihak dilapor telah bersetuju dengan perjanjian semalam namun terpaksa menunggu lampu hijau daripada Premier League.

Khabar angin mengenai penajaan syarikat itu bertiup kencang pada jelajah pramusim Chelsea di AS bulan lalu.

Daily Mail melaporkan, sumber terdekat memaklumkan penajaan itu hanya menunggu kebenaran Premier League.

Sekiranya mendapat kelulusan, kelab bimbingan Mauricio Pochettino dijangka mengenakan jersi baharu yang dipasang logo Infinite Athlete pada perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad ini.

Advertisements

Sementara bagi skuad wanita yang dikendalikan Emma Hayes pula akan memakainya pada aksi persahabatan pramusim menentang AS Roma bulan depan.

Perjanjian dicapai itu pastinya melegakan pemilik, Todd Boehly dan konsortiumnya sekali gus mengelak daripada dimalukan jika bermula kempen tanpa sebarang penaja.

Infinite Athlete merancang untuk terlibat dengan lebih kerap dalam bola sepak kerana mereka membekalkan data pemain kepada kelab dan memberikan penyokong lebih banyak pilihan sudut kamera ketika menyaksikan perlawanan.

Dalam kes Chelsea, Pochettino dan stafnya boleh mendapat data pemain menerusi kecerdasan buatan (AI) canggih daripada syarikat itu bagi membantu menguruskan data skuad. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sejauh mana kebebasan universiti dimanfaatkan mahasiswa?

Oleh DR ABDUL MUQIT MUHAMAMMAD KEBEBASAN akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat universiti. Tanpa kebebasan akademik, masyarakat universiti tidak akan...

Lagi Artikel Berkaitan