31 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Tumpu pada kualiti khidmat pelanggan, bukan pakaian

Mesti Baca

MEMBERI tumpuan terhadap kualiti perkhidmatan kepada pelanggan adalah lebih baik berbanding mengehadkan kebebasan berpakaian.

Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong berkata, sekatan melampau seperti itu menyebabkan Malaysia dilihat sebagai negara yang ketinggalan zaman dan feudal.

Wong mengulas mengenai kontroversi di pusat servis kenderaan Perodua di Semambu, Kuantan, Pahang yang meletakkan notis larangan pemakaian seluar dan skirt pendek, baju tanpa lengan dan jeans koyak di premis mereka. 

Menurutnya, kontroversi yang membabitkan isu pakaian tidak seharusnya berlaku.

Advertisements

“Selagi pakaian itu sesuai dan sopan, sama ada di premis kerajaan atau swasta, tidak sepatutnya ia berlaku dan tidak perlu ada campur tangan berlebihan terhadap kebebasan berpakaian orang ramai.

“Sebagai rakyat Malaysia, seharusnya kita mengekalkan semangat saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.

“Memang benar dalam sesetengah keadaan, pengusaha syarikat boleh menetapkan etika berpakaian seperti di restoran mewah tetapi untuk kebanyakan situasi dan perkhidmatan biasa larangan yang berlebihan ini dianggap tidak wajar,” katanya dalam satu kenyataan media.

Dalam pada itu, Wong meluahkan rasa lega apabila pusat servis terbabit menarik semula notis berkenaan dan memberi penjelasan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lakukan ‘total cleansing’ kumpulan ajaran sesat, ekstrem agama

PIHAK berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) digesa melakukan total cleansing (sapu bersih) terhadap kumpulan ajaran sesat dan...

Lagi Artikel Berkaitan