24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Melaka FC intai peluang layak ke Liga Super 2024

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TIRAI divisyen dua atau Liga M3 akan dibuka dengan tujuh perlawanan berlangsung esok.

Tumpuan pastinya terarah kepada pasukan yang baharu dibentuk, Melaka FC yang dilihat sibuk dalam musim perpindahan dengan membawa beberapa nama besar Liga Malaysia (Liga M) ke bumi Melaka.

Bakal berdepan Kelab Sukan dan Rekreasi Syarikat Air Negeri Sembilan atau Sains FC, Melaka FC yang diterajui pengendali import dari Portugal, Pedro Hipolito pastinya mahu memastikan tiga mata penuh dikutip di laman sendiri esok.

Tidak seperti Melaka United, Melaka FC merupakan entiti yang berbeza dan berjaya memujuk Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk meminjamkan pemain naturalisasi, Guilherme de Paula bagi mempertajamkan jentera serangan pasukan.

Kehadiran de Paula pastinya menjadi satu tonik terbaik pasukan dan pemain yang dipinjam daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dilihat mampu membawa Melaka FC layak ke Liga Super walaupun hanya semusim di Liga M3.

Daripada segi persedian, Melaka FC yang dikendalikan Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA), berjaya menarik beberapa pemain berpengalaman di Liga Super untuk memperkuatkan pasukan.

Advertisements

Di jentera serangan, selain de Paula, Melaka FC telah mengikat bekas penyerang KL City FC, Fakhrul Aiman Sadid yang berpengalaman beraksi di kancah Asia di Piala AFC musim lalu.

Difahamkan, bekas pemain Perak FC, Mohamad Idris Ahmad bakal memegang lilitan ketua pasukan dan membina benteng ampuh di barisan pertahanan.

Selain itu, Melaka FC turut membawa beberapa pemain Liga Super seperti S. Veenod, Syahrul Azwari Ibrahim, Sharin Sapien, Mohammad Shafiq al-Hafiz Dawawi dan K. Thivandran.

Menariknya, skuad kendalian Pedro Hipolito ini juga membawa masuk tiga pemain yang dipilih daripada kejohanan Piala Gabenor 2022 baru-baru ini seperti Mohammad Nor Harith Roslan daripada MBMB FC, P. Looga (Parlimen Masjid Tanah) dan Muhammad Shamerul Abd. Aziz (Tampoi FC).

Adunan pemain berpengalaman dan baharu ini merupakan antara ramuan terbaik Melaka FC untuk mencipta sejarah layak ke Liga Super pada cubaan pertama mereka musim ini.

Namun, mereka perlu awasi beberapa kelab lain seperti Sarawak United, Perlis United, Harini FT, BRM FC, Imigresen FC dan KL Rovers jika mahu mengintai peluang dipromosi ke divisyen teratas negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan