28.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Piala FA: Terengganu FC mudah jinakkan Melaka FC

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TERENGGANU FC tidak berdepan masalah untuk mara ke suku akhir Piala FA selepas membelasah Melaka FC 4-0 dalam aksi pusingan 16 terakhir di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.

Ivan Mamut meletakkan tuan rumah di depan seawal minit keenam menerusi rembatan kaki kiri melepasi penjaga gol Melaka FC, Daniel Wafiuddin Sa’dun.

Syafiq Al-Hafiz berpeluang menyamakan kedudukan pada minit ke-62 namun sepakan percuma yang diambil dari sayap kiri ditepis keluar Rahadiazli Rahalim.

Pemain gantian, Hakimi Abdullah menggandakan jaringan buat Terengganu FC apabila meletakkan gol ke sebelah kanan gawang pelawat untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Advertisements

Gol tersebut terhasil daripada gerakan menarik Jordan Mintah yang melakukan larian masuk ke dalam kawasan penalti sebelum menghantar kepada Hakimi untuk gol kedua Sang Penyu.

Tuan rumah terus garang memburu tambahan gol dalam 15 minit terakhir perlawanan.

Usaha itu berhasil pada minit ke-82 apabila Mintah menghukum kealpaan benteng pertahanan Melaka FC sebelum memperdaya Daniel Wafiuddin dan meledak gol ketiga Terengganu FC.

Mintah kemudiannya mencetak gol kedua peribadinya malam tadi apabila melakukan kuisan cantik di depan gol hasil hantaran silang Engku Shakir pada masa kecederaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: 97 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab

SEBANYAK 97 peratus daripada 769 pengundi awal terdiri daripada anggota polis dan tentera serta pasangan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada...

Lagi Artikel Berkaitan