32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Piala FA: JDT tiada masalah berdepan PDRM FC

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JUARA bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) mara ke peringkat suku akhir Piala FA selepas mudah mengenepikan cabaran PDRM FC, 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Esteban Solari melakukan beberapa pertukaran dalam kesebelasan utama berbanding aksi menentang Kedah minggu lalu termasuk menyenaraikan penjaga gol berpengalaman, Farizal Marlias di benteng terakhir pasukan.

Penyerang sensasi, Bergson da Silva meletakkan JDT di depan seawal minit ketiga apabila mudah menanduk masuk hantaran silang Ariff Aiman Hanapi.

Skuad Harimau Selatan itu memperoleh sepakan penalti pada minit ke-10 apabila pemaun sayap, Akhyar Rashid dijatuhkan dalam kawasan penalti oleh pertahanan PDRM FC, Norfiqrie Talib.

Bergson yang ditugaskan mengambil sepakan tersebut tidak bermasalah menewaskan Aqil Razak di gawang pelawat untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Advertisements

JDT memperoleh sepakan penalti kedua sekali lagi menerusi Akhyar yang dijatuhkan dalam kawasan penalti.

Kali ini giliran Leandro Velazquez mencetak nama sebagai penjaring apabila menyepak masuk ke sebelah kanan gawang The Corps ketika Aqil merebahkan ke arah bertentangan.

Tuan rumah terus menguasai perlawanan pada babak kedua dan pada minit ke-64 menyaksikan tandukan Bergson sedikit melewati palang gol sekali gus menafikan hatrik penyerang dari Brazil tersebut.

JDT bakal berdepan saingan antara Kedah Darul Aman FC atau Kuching City dalam aksi suku akhir nanti.

Advertisements

Terkini

Sindiket seludup PATI Bangladesh tumpas, lapan ditahan

JABATAN Imgresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan...

Lagi Artikel Berkaitan