Wednesday, July 22, 2026

Piala FA: KL City mara ke suku akhir

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KUALA Lumpur City FC (KL City) menepati ramalan layak ke peringkat suku akhir Piala FA selepas menundukkan pasukan Liga M3, Imigresen FC 2-0 di Stadium KLFA di Cheras, malam tadi.

Tidak banyak gerakan menarik dicipta kedua-dua pasukan pada babak pertama.

Namun, pada waktu kecederaan sebelum menuju bilik persalinan, KL City akhirnya berjaya memecah kebuntuan menerusi jaringan T. Saravanan.

Gol itu terhasil daripada tandukan Caion dalam kawasan penalti dan Saravanan yang tiba dari belakang mudah menolak masuk gol pertama tuan rumah.

Caion hampir sahaja menggandakan jaringan buat The Citiboys sejurus selepas perlawanan bersambung namun percubaannya tepat ke dakapan penjaga gol, Ahmad Solehin Mamat.

Kesilapan Ahmad Syamin Yahya yang terlepas bola kepada Caion hampir membawa padah namun percubaan Hakimi Azim Rosli berjaya dihalang pertahanan pelawat.

Usaha KL City berhasil pada minit ke-82 apabila Romel Morales memanfaat kesilapan ketua pasukan, Nasriq Baharom untuk memastikan tiket ke suku akhir menjadi milik mereka.

Di peringkat suku akhir nanti, KL City dijadualkan bertemu pemenang antara Sabah FC dan Kelantan United, yang dijangka beraksi hari ini. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan