26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

JDT pertahan Piala FA

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENDAHULU Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mempertahankan kejuaraan Piala FA selepas menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.

Penjaga gol JDT, Ahmad Syihan Hazmi terlebih dahulu diuji pada minit ke-16 apabila menyelamatkan percubaan jarak dekat Matko Zirdum.

Namun, JDT bangkit mengasak dan pada minit ke-27 menyaksikan percubaan cantik dari kawasan penalti Afiq Fazaail sekadar mengegar palang KL City ketika Kevin Mendoza sudah pun tertewas.

The City Boys terlepas peluang keemasan untuk berada di depan pada minit ke-36 apabila T. Saravanan gagal menyempurnakan hantaran silang Romel Morales walaupun peluang sudah terhidang buatnya.

Advertisements

Tiga minit berselang pula menyaksikan sepakan lencong Fernando Forestieri dari dalam kawasan penalti sedikit tersasar sekali gus menyelamatkan KL City.

Jaringan Bergson da Silva pada minit ke-59 dibatalkan kerana penyerang itu berada dalam kedudukan ofsaid biarpun ulang tayang menunjukkan gol tersebut sepatutnya dikira.

Gol yang dicari-cari JDT akhirnya tiba pada minit ke-65 apabila sepakan deras dari luar kawasan penalti Hong Wan menerjah jaring gol KL City.

Leandro Velazquez memastikan kejuaraan milik JDT apabila merembat masuk bola dari jarak dekat sekali gus menghukum kesilapan pertahanan The City Boys. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan