33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

PKR calonkan Amirudin, Aminuddin sebagai Menteri Besar

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) menamakan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai calon Menteri Besar Selangor jika Kerajaan Perpaduan menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Selain itu, PKR juga sedia memberi mandat kepada Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun untuk terus menerajui kepimpinan Kerajaan Negeri Sembilan selepas PRN Ogos ini.

Keputusan tersebut disampaikan sendiri Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Malam Pengumuman Calon Keadilan di Shah Alam, malam tadi.

“Supaya tidak menimbulkan banyak telahan supaya di Selangor Amirudin sebagai calon kita untuk kekal Menteri Besar Selangor.

“Alasan kita adalah kerana prestasi kerjanya rekod kerja terutama dalam menyantuni rakyat. 

“Betul pelaburan, pertumbuhan, program pembangunan juga penting, sebagai parti yang membela nasib rakyat, diantara tugas utama beliau adalah menyantuni, beliau merupakan satu-satunya Menteri Besar yang terkenal turun ke bawah menyantuni di setiap kampung dan daerah di Selangor,” kata Anwar.

Advertisements

Amirudin akan mempertahankan kerusi DUN Sungai Tua yang pada PRN 12 Ogos ini.

Sementara itu, Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, perbincangan pemilihan calon Menteri Besar Negeri Sembilan mengambil sedikit masa.

“Saya menekankan bahawa untuk kesinambungan kerja dan rekod prestasi Aminuddin begitu memuaskan wajar kita pertahankan beliau sebagai Menteri Besar.

“Aminuddin lebih banyak kerja dan usahanya dalam program-program merakyatkan rakyat. Sehingga tiada ruang orang menyatakan Menteri Besar ini sukar ditemui atau tidak disantuni,” katanya.

Sementara itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) memaklumkan Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dicalonkan semula sebagai Ketua Menteri.

PKR akan menampilkan seramai 58 calon yang akan berentap pada PRN di kesemua enam negeri serta seorang calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu.

Advertisements

Terkini

Menangi lebih RM400,000 menerusi Anugerah HONOR Magic Moments 2024

ANUGERAH HONOR Magic Moments mengadakan pertandingan fotografi mudah alih global tahunan ke empat dan kini menerima penyertaan untuk 2024. Pertandingan...

Lagi Artikel Berkaitan