27.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

RM28 juta perkukuh usahawan luar bandar – Ahmad Zahid

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak lebih RM28 juta bagi program pengukuhan keusahawanan dan pembiayaan kewangan usahawan luar bandar.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, peruntukkan tersebut memanfaatkan 3,059 penerima pada program Sentuhan Kasih Desa Selangor dan Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) @ Sungai Besar.

Beliau berkata, antara bantuan yang disalurkan adalah daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) menerusi Program Pembiayaan Mara kepada 155 penerima berjumlah RM22.4 juta sehingga 15 Julai lalu.

“Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil (Risda) menerusi Program Pembangunan Risda Selangor 2023 telah mengagihkan sebanyak RM3,031,794.91 kepada 1,431 orang penerima untuk membantu mereka meningkatkan hasil pertanian.

“Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) menyerahkan saguhati one off kepada Batin/ Penghulu, Pengerusi, dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) 2023 melibatkan 900 orang penerima dengan bantuan berjumlah RM900,000.

“Selain itu, Program Pembangunan Ekonomi Orang Asli (PPEOA) Selangor 2023 diserahkan kepada 437 orang penerima berjumlah RM647,470,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian ketika berucap di Mini KUD @ Sungai Besar di Stadium Sungai Besar, hari ini.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, peruntukan sebanyak berjumlah RM1,262,370 bagi Program Peningkatan Pendapatan (PPP) telah diagihkan kepada 130 orang penerima bagi tempoh sehingga Julai.

“Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) pula diberikan kepada enam penerima di Selangor dengan kelulusan bantuan berjumlah RM650,000,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri turut memaklumkan mengenai pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Mara dan Bank Pertanian Malaysia Berhad (AgroBank) hari ini.

Katanya, itu memberi pengkhususan terhadap alternatif bantuan kewangan bagi tujuan pembiayaan usahawan dalam bidang agromakanan bernilai RM100 juta. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan