33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Helikopter dalam ujian penerbangan terhempas – CAAM

Tujuh termasuk seorang juruterbang dilaporkan berada dalam keadaan stabil

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBUAH helikopter yang sedang menjalani ujian penerbangan terhempas di kawasan apron UniKL MIAT Hangar dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Kapten Norazman Mahmud berkata, helikopter tersebut dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BPM).

“CAAM mengesahkan insiden kemalangan sebuah helikopter jenis Leonardo S.p.A AW189, nombor pendaftaran 9M-BOF di kawasan apron UniKL MIAT Hangar dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada Sabtu. 

“Helikopter yang dikendalikan oleh JBPM itu sedang menjalani ujian penerbangan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, menara kawalan trafik udara Subang menerima laporan kemalangan pada pukul 11.52 pagi tadi.

Katanya, Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) telah bertindak segera terhadap insiden tersebut bagi membantu menyelamat mangsa.

“Terdapat tujuh penumpang termasuk juruterbang dalam helikopter tersebut dan kesemuanya dilaporkan berada dalam keadaan stabil. 

“Siasatan lanjut akan dilaksanakan ole Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016,” katanya. –  Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan