25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

50 penghuni dalam satu rumah, bilik sebesar ‘liang lahad’

Mesti Baca

HANYA dibekalkan satu tilam, plug pengecas dan lampu mentol, selain terpaksa berkongsi suasana yang sempit di bilik sewa sebesar seakan ‘liang lahad’.

Itu tindakan pemilik premis rumah kedai yang menyediakan perkhidmatan sewaan bilik hingga wujud bahaya kebakaran susulan pengubahsuaian tanpa kelulusan dilakukan bagi membina bilik sewa bersaiz kecil.

Bilik yang disewa dengan nilai sewaan RM300 itu memuatkan 40 ke 50 penghuni di premis dua tingkat di bangunan.

Bagaimanapun, tindakan pemilik premis yang tamak itu mengundang padah apabila digempur Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

Memetik laporan Harian Metro, Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, Operasi Menghalang Bahaya Kebakaran (MBK) itu dijalankan selepas menerima aduan daripada orang awam berhubung premis yang menawarkan 38 bilik di Jalan Maluri, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, operasi yang membabitkan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu dibuat selepas amaran terhadap pemilik premis yang mengubah suai bangunan tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah dikeluarkan lima hari sebelumnya.

“Pertama kali dalam sejarah, KPKT membuat pemeriksaan mengejut. tujuan operasi ini adalah mengenal pasti wujud bahaya kebakaran selain membawa bahaya kepada penduduk.

“Saya lihat sendiri bilik berbau, sempit dan seolah tiada ciri kemanusiaan. kutipan sewa yang tidak berbaloi untuk pertaruhkan nyawa penyewa bagi mengaut untung.

Advertisements

“Bukan itu sahaja, tidak ada sistem udara dan tidak dilengkapi dengan tingkap, 38 bilik tapi berkongsi satu tandas. Saya anggarkan 40 ke 50 orang penyewa mampu menularkan penyakit berjangkit sekiranya berterusan,” katanya selepas melakukan pemeriksaan mengejut sebuah premis bilik sewa di Jalan Maluri, hari ini.

Kor Ming berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis bekenaan juga diubah suai tanpa kebenaran serta tidak dilengkali dengan alatan kecemasan seperti lampu kecemasan keluar.

Menurutnya, pihaknya akan mengeluarkan notis Menghapuskan Bahaya Kebakaran di bawah Seksyen 8 Akta 341.

“Kita akan beri suatu tempoh yang sesuai kepada pemilik premis untuk mematuhi kehendak notis bagi menghapuskan bahaya kebakaran yang wujud (Seksyen 10 Akta 341).

“Jika notis tidak dipatuhi, satu kertas siasatan akan dibuka bagi tujuan pendakwaan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan pada tahun ini sehingga Ogos sahaja, Bomba dan Penyelamat menerima 43 laporan rumah kedai terbakar manakala 13 lagi membabitkan asrama.

“Operasi mengejut ini menghantar mesej sangat jelas kepada pihak yang terbabit, ini hanyalah tip of the iceberg.

“Mulai dari ini, PBT akan periksa bangunan berisiko kebakaran dan ambil tindakan undang-undang,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan