26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, February 10, 2025

TLDM tubuh lembaga siasatan tragedi nahas dua helikopter

Mesti Baca

TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian maut melibatkan dua buah helikopter miliknya, pagi ini.

Pada masa sama, TLDM turut mengesahkan kesemua kru yang terlibat dalam kemalangan udara berkenaan terkorban di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut untuk proses pengecaman.

“TLDM mengesahkan sebuah Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan sebuah helikopter FENNEC TLDM telah terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut pada jam 9.32 pagi tadi.

“Insiden ini melibatkan seramai 10 orang iaitu masing-masing tujuh kru HOM TLDM dan tiga kru Fennec TLDM. TLDM akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Advertisements

Pada masa sama, TLDM memohon orang ramai tidak menularkan video kejadian demi menjaga sensitiviti keluarga dan proses siasatan.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam kenyataan berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 9.50 pagi.

Komander Operasi Kanan Suhaimy Mohd Suhail melaporkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung serta Sitiawan telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang terlibat telah dijalankan oleh pasukan bomba. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Richiamo jalin kerjasama dengan De Xandra, Rico Rinaldi

RICHIAMO Coffee Sdn Bhd mengumumkan kerjasama dengan pengeluar pewangi kenderaan, De Xandra serta pereka fesyen dan pengeluar pakaian terkenal...

Lagi Artikel Berkaitan