34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Tengku Haphiz anggap tidak tercalon strategi parti

Mesti Baca

KETUA Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera menganggap dirinya tidak tercalon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan sebagai strategi Barisan Nasional (BN) untuk merampas kembali pentadbiran negeri.

Beliau yang menerima keputusan tersebut dan sedar amat sukar keputusan itu dibuat oleh pucuk pimpinan lebih-lebih lagi UMNO perlu berjuang habis-habisan dan antara hidup atau mati dalam PRN ini.

“Maka, saya menganggap keputusan ini adalah suatu pilihan di antara beberapa strategi bagi BN-PH Terengganu memenangi PRN kali ini. Menang suatu keajaiban, kalah suatu kesedaran.

“Saya menerima seikhlasnya keputusan ini dan percaya bahawa lebih besar hikmah akan diperolehi terutama bagi insititusi kepemudaan kerana tunjang berorganisasi adalah taat dan wala’ kepada kepimpinan,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Tengku Haphiz sebelum ini disebut-sebut bakal bertanding di kerusi DUN Kuala Berang namun berdasarkan pengumuman calon malam tadi BN mempertaruhkan seorang guru, Jalaludin Ismail.

Beliau berkata, tugas UMNO dan BN dalam PRN kali ini paling mencabar iaitu untuk menguasai 55 peratus pengundi Terengganu dalam kalangan anak muda berusia 40 tahun ke bawah.

Advertisements

Katanya, perspektif dan naratif yang dibawa mesti selari bersama kewibaan UMNO Terengganu terutama calon-calon yang bakal bertanding nanti.

“Sedikit mencabar apabila calon pemuda BN pula hanya dua daripada 26 calon BN yg dipertandingkan. 10 peratus berbanding 55 peratus. Insya-Allah kita ada ramuan magik!,” katanya.

Dua calon pemuda yang diketengahkan BN negeri ialah Mohd Rozaini Mohd Rasli di DUN Jertih serta Muhammad Khairu Afiq Mohd Yusof di Kemasik.

Sehubungan itu, Tengku Haphiz mengajak semua sahabat setia dan bersama dalam perjuangan untuk meneruskan ‘selekoh terakhir’ dengan sekelumit tekad bagi memastikan kejayaan bagi BN-PH 12 Ogos nanti.

“Biar badai melanda, biar ribut menghempas kita kekal memikul aspirasi anak muda. Manusia membuat pilihan, Allah SWT mentakdirkan. Teruskan perjuangan, Salam Madani Pengislahan Terengganu Biru,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Rondaan Maritim Malaysia jadikan perairan negara lebih selamat

PENINGKATAN penguatkuasaan dan rondaan yang dilaksanakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menjaga keselamatan perairan negara telah menjadikan...

Lagi Artikel Berkaitan