28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Mara, Agrobank tawar dana RM100 juta kepada usahawan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) dan Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) menawarkan pembiayaan sebanyak RM100 juta kepada usahawan bumiputera khusunya dalam sektor agro makanan.

Mara berkata, pembiayaan itu mensasarkan 200 usahawan yang bakal menerima manfaat tersebut sehingga akhir Disember ini melibatkan peruntukan sebanyak RM50 juta.

Ujarnya, kerjasama strategik itu akan menggunakan produk sedia ada Agrobank; produk Term Financing-i dan Modal Kerja-i.

“Di bawah Skim Pembiayaan Agro Mara, had pembiayaan bermula dengan RM10,000 sehingga maksimum RM5 juta.

“Kadar keuntungan sehingga empat peratus berdasarkan baki berkurangan dengan tempoh pembiayaan maksimum sehingga 60 bulan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Memorandum Persefahaman (MoU) antara Mara dan Agrobank dimeterai pada Mini Karnival Usahawan Desa (KUD)@ Sungai Besar hari ini.

Mara berkata, inisiatif itu sejajar dengan usaha mereka untuk memperluaskan penawaran kemudahan pembiayaan perniagaan dalam bidang agro makanan kepada usahawan bumiputera melalui had pembiayaan yang lebih besar.

“Memandangkan Mara sebelum ini menangguhkan pembiayaan dalam sektor agro makanan, justeru dengan adanya pembiayaan Agro Mara ini, kemudahan tersebut kini kembali dibuka untuk usahawan bumiputera yang berkelayakan.

“Mara yakin melalui kemudahan pembiayaan di bawah program itu akan menjana usahawan mahir, secara tidak langsung akan memacu pertumbuhan keupayaan sumber manusia, inovasi teknologi dan produktiviti dalam sektor pertanian,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan