Thursday, July 23, 2026

Pembedahan selesai, Salahuddin dirawat di ICU

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PROSES pembedahan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah selesai dan berjaya dilaksanakan pada pagi tadi.

Setiausaha Akhbarnya, Syakirin Husnal berkata, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu kini menerima rawatan susulan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ujarnya, Salahuddin kini dalam pengawasan pasukan perubatan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

“Orang ramai dimohon agar tidak mengeluarkan sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan terhadap situasi yang berlaku.

“Pihak Pejabat Menteri KPDN akan memaklumkan mengenai perkembangan kesihatan beliau dari semasa ke semasa.

“Pihak Pejabat Menteri juga mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan kesejahteraan dan memberi sokongan berterusan kepada Menteri,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Salahuddin dikejarkan ke hospital malam tadi selepas mengalami mual dan muntah-muntah.

Ahli Parlimen Pulai itu bagaimanapun telah disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar dan perlu menjalani pembedahan segera. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan