PEMANTAUAN Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mendapati harga ayam mendapati, terdapat penurunan harga ayam standard di pasar raya dan pasar besar seluruh negara.
Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, ia menerusi pemantauan pihak penguat kuasa dan lebih 900 pegawai pemantau harga KPDN setiap hari melibatkan hampir 1,500 premis.
Katanya, data yang KPDN perolehi hasil itu hasil dari tindakan pemantauan harga seluruh negara menunjukkan bahawa dalam dua minggu kebelakangan ini menunjukkan penurunan sebanyak 0.33 peratus.
“Harga purata ayam standard di Semenanjung pada 12 Ogos ialah RM8.73/kg menurun kepada RM8.70/kg pada 26 Ogos.
“Manakala di Sabah dan Sarawak juga menunjukkan penurunan harga purata iaitu masing-masing sebanyak 0.12 peratus Sabah iaitu dari RM 11.30/kg kepada RM11.29/kg dan turun sebanyak 0.47 peratus (Sarawak), dari RM10.28/kg kepada RM10.23/kg bagi tempoh yang sama,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi kenyataan bagi menjawab laporan sebuah akhbar yang mendakwa harga ayam di pasaran lebih kerap naik berbanding harga diturunkan.
Sementara itu, Fuziah berkata, pihak media boleh mendapatkan data yang tepat daripada KPDN bagi mengelakkan kekeliruan dan mungkin membangkitkan keresahan di kalangan pengguna.
Katanya, artikel tersebut merujuk kepada statistik IP Februari lalu yang keluaran Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) dan membandingkan dengan data bulan yang sama 2022 sedangkan data terbaru sehingga Julai telah pun dikeluarkan DOSM.
“Untuk makluman, harga purata ayam standard di pasaran pada Februari 2023 adalah stabil pada harga kawalan dan tren penurunan mula dilihat mulai Julai sehingga Ogos dengan harga purata terendah dicatatkan pada 4 Ogos di Semenanjung iaitu RM8.11/kg.
“Selari dengan itu juga, kadar inflasi terus mereda beserta dengan Indeks Harga Pengguna berada dalam jajaran menurun,” katanya. – Edisi 9