AKIBAT tidak memakai tudung dengan betul, seramai 14 pelajar perempuan menerima padah apabila sebahagian rambut mereka dicukur oleh guru mereka.
Kejadian berlaku di sekolah SMPN 1, di bandar Lamongan Jawa Timur, Indonesia.
Guru Besarnya, Harto berkata, pihak sekolah memohon maaf dan guru berkenaan sudah digantung tugas.
Semua pelajar perempuan itu dikatakan tidak memakai anak tudung sehingga menampakkan rambut.
“Tiada kewajipan bagi pelajar perempuan untuk memakai tudung, tetapi mereka dinasihatkan untuk memakai anak tudung untuk kelihatan kemas.
“Kami memohon maaf kepada ibu bapa dan selepas sesi medasi, kami berjaya mencapai persefahaman,” katanya.
Katanya, pihak sekolah berjanji akan memberikan bantuan psikologi kepada pelajar yang terbabit.
Dalam pada itu, kumpulan hak asasi manusia menggesa guru terbabit dipecat.
Penyelidik Indonesia di Human Rights Watch, Andreas Harsono, dalam satu kenyataan berkata, kes Lamongan mungkin adalah yang paling menakutkan pernah berlaku di Indonesia.
“Tiada guru yang berani memotong rambut pelajar mereka yang pernah dikenakan hukuman.
“Pejabat pendidikan di Lamongan perlu memberi hukuman kepada guru ini, sekurang-kurangnya memecatnya dari sekolah dan menugaskan pakar psikologi untuk menangani trauma di kalangan mangsa,” katanya. -Agensi