33.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Festival Good Vibes dibatalkan serta-merta – Fahmi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Komunikasi dan Digital (KKD) mengarahkan penganjuran Festival Good Vibes 2023 yang dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dibatalkan serta merta.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan sangat tegas dalam hal tersebut dan tidak sesekali berkompromi dengan tindakan yang cuba mencabar undang-undang negara.

Katanya, pembatalan tersebut perlu dilakukan bagi mengelakkan perkara sama berulang biarpun festival tersebut sepatutnya berakhir esok.

“Ingin saya tegaskan, pendirian Kerajaan Perpaduan amat jelas. Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang mencabar, memperlekeh serta melanggar undang-undang Malaysia.

“Justeru, saya telah mengarahkan pembatalan serta-merta baki festival tersebut yang sepatutnya berlangsung hari ini sehingga esok,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Fahmi hari ini telah memanggil penganjur Festival Good Vibes 2023 iaitu Future Sound Asia, susulan aksi dan kenyataan biadab yang dipamerkan artis dari United Kingdom, The 1975

Advertisements

ketika konsert pada malam tadi.

Sementara itu, Fahmi berkata beliau faham keputusan tersebut akan memberi implikasi kepada penonton yang telah membeli tiket.

Sehubungan itu katanya, beliau menggesa penganjur untuk mengenal pasti mekanisme ganti rugi yang sesuai kepada pembeli-pembeli tiket festival.

“Kerajaan sentiasa komited menyokong pembangunan industri kreatif dan kebebasan bersuara.

“Walau bagaimanapun, jangan sesekali menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya yang bertentangan dengan adab dan nilai budaya tempatan,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan