28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Lelaki ditahan bersama 2,000 biji pil yaba di kedai makan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan seorang lelaki kerana disyaki mengedar sebanyak 2,000 biji pil yaba ketika keluar dari kedal makan di Jalan Cherang, Kampung Bayam, Kota Bharu semalam.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Bharu, Mohd. Rosdi Daud berkata, tangkapan tersebut dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Bharu pada pukul 11.40 malam tadi.

Katanya, ketika ditangkap, lelaki tersebut sedang memegang satu objek dengan tangan kanannya dan kemudian telah meletakkannya di tepi dinding kedai. 

“Ketika cuba menghampirinya, suspek cuba melarikan diri tetapi telah berjaya ditangkap. Polis telah membuat pemeriksaan pada badan lelaki tersebut tetapi tidak menjumpai apa-apa benda salah.

“Pemeriksaan lanjut di tempat lelaki tersebut meletakkan objek telah menjumpai satu beg plastik hitam mengandungi dua bungkusan berisi 10 peket plastik berisi pil yaba dimana setiap peket ada (200) biji,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkaya, ujian saringan air kencing suspek tersebut dapati negatif dan lelaki itu tidak mempunyal sebarang rekod lampau. 

“Polis juga turut menyita sebuah motokar jenis Produa Viva berserta serangkai anak kunci dan kes disiasat di bawah seksyen ADB (Perlucuthakkan Harta 1988). 

“Siasatan lanjut mash diteruskan bagi mengenal pasti penglibatan lelaki tersebut dengan rakan jenayah yang lain,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lakukan ‘total cleansing’ kumpulan ajaran sesat, ekstrem agama

PIHAK berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) digesa melakukan total cleansing (sapu bersih) terhadap kumpulan ajaran sesat dan...

Lagi Artikel Berkaitan