25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Kerajaan perlu terus perkasa, memodenkan ATM – Agong

Mesti Baca

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kerajaan perlu melipat gandakan usaha untuk terus memperkasa dan memodenkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Al-Sultan Abdullah selaku Pemerintah Tertinggi ATM bertitah, usaha itu perlu berikutan dunia sedang menyaksikan pertembungan antara kuasa-kuasa besar tradisional dengan kemunculan kuasa-kuasa baharu.

“Semua ini menuntut kepada pembentukan ATM yang credible (boleh dipercayai), berteknologi tinggi dan berupaya untuk diadaptasi bagi menghadapi pelbagai bentuk ancaman,” titah baginda.

Seri Paduka bertitah demikian ketika menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet ATM tahun 2023 di Kem Perdana Sungai Besi, hari ini.

Turut berkenan berangkat pada istiadat hari ini ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Advertisements

Keberangkatan Seri Paduka diiringi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang; Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Sabri Zali.

Al-Sultan Abdullah juga bertitah, kerajaan wajar memberikan tumpuan dalam menjaga aspek kebajikan dan kesejahteraan warga ATM serta keluarga mereka.

Seri Paduka menyambut baik dan menghargai hasrat murni kerajaan membina serta menaik taraf kediaman dan prasarana untuk kemudahan warga ATM.

Yang di-Pertuan Agong bertitah, nasib para veteran ATM perlu terus dilindungi dan diberikan pembelaan sewajarnya.

“Keringat yang mengalir dan darah pengorbanan yang tumpah dari para veteran ATM hendaklah sentiasa dikenang serta disanjung negara,” titah Seri Paduka. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan