Tuesday, July 21, 2026

KKD panggil penganjur susulan tindakan biadab The 1975

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENGANJUR konsert Festival Good Vibes 2023 dipanggil memberikan penjelasan susulan tindakan kurang sopan ditunjukkan kumpulan The 1975 ketika persembahan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) malam tadi.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyifatkan perbuatan yang dilakukan kumpulan itu terutamanya vokalisnya, Matty Healy sebagai biadab.

Susulan itu, beliau yang merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai mahu mendapatkan laporan penuh daripada pihak berkuasa berhubung kejadian yang berlaku.

“Ini satu tindakan yang sangat biadab. 

“Saya telah panggil penganjur untuk beri penjelasan esok (hari ini) dan akan berhubung dengan pihak berkuasa untuk dapatkan laporan penuh,” katanya menerusi ciapan di Twitter malam tadi.

Terdahulu media melaporkan Healy melakukan pelbagai aksi kurang sopan di hadapan peminat ketika melakukan persembahan.

Penyanyi yang terkenal dengan tindakan biadab setiap kali membuat persembahan itu didakwa memegang botol arak ketika menyanyi, meludah dan melakukan aksi kurang sopan.

Healy dilihat turut mempersenda dan menghina undang-undang negara berhubung isu berkaitan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ).

Lebih hina lagi, penyanyi tersebut turut mencium pemain gitar bass, Ross McDonalds di atas pentas malam tadi. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan