26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Gol debut Messi bantu Miami cipta kemenangan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

LIONEL Messi meledak gol pada masa kecederaan bagi membantu Inter Miami menang 2-1 ke atas Cruz Azul dalam aksi Piala Liga pagi tadi.

Miami yang dibimbing bekas pengurus Barcelona, Gerardo Martino mendahului pada minit ke-44 menerusi jaringan leret Robert Taylor.

Pengendali berasal dari Argentina itu kemudiannya membawa masuk Messi dan rakan sepasukan di Barca, Sergio Busquet pada minit ke-54 bagi memperkuatkan pasukan.

Namun, Cruz Azul berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-65 menerusi penyudah Uriel Antuna.

Advertisements

Ketika perlawanan yang diadakan secara berkumpulan tiga sepasukan itu seakan berakhir dengan keputusan seri, Messi muncul wira dan membuktikan mengapa dia sangat diperlukan Miami.

Memperoleh sepakan percuma pada minit kedua masa kecederaan, Messi yang ditugaskan mengambil sepakan mudah meletakkan bola ke penjuru kiri gawang yang sukar digapai penjaga gol lawan sekali gus memberikan tiga mata berharga Miami.

Itu merupakan penampilan sulung kapten skuad kebangsaan Argentina itu dalam kancah bola sepak Amerika Syarikat selepas meninggalkan Paris Saint-Germain baru-baru ini.

Penyerang veteran itu sebelum ini dilaporkan menolak tawaran lumayan beraksi di Arab Saudi sebaliknya memilih untuk ke Amerika Syarikat atas faktor keluarga. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan