27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Alami pendarahan otak, Salahuddin jalani pembedahan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub dikejarkan ke hospital malam tadi selepas mengalami mual dan muntah-muntah.

Setiausaha Akhbar kepada Salahuddin, Syakirin Husnal berkata, Ahli Parlimen Pulai itu telah disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.

“Beliau kini sedang menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Advertisements

“Terdahulu, beliau dikejarkan ke wad kecemasan pada sekitar jam 10.15 malam tadi dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Syakirin, pihak Pejabat Menteri KPDN akan memaklumkan mengenai perkembangan kesihatan Salahuddin dari semasa ke semasa.

“Pihak Pejabat Menteri juga memanjangkan ucapan terima kasih daripada pihak keluarga Salahuddin atas semua doa, sokongan, dan ingatan kepada beliau,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lakukan ‘total cleansing’ kumpulan ajaran sesat, ekstrem agama

PIHAK berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) digesa melakukan total cleansing (sapu bersih) terhadap kumpulan ajaran sesat dan...

Lagi Artikel Berkaitan