27.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Magis Messi bantu Miami julang trofi sulung

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

INTER Miami memerlukan magis daripada bintang dunia, Lionel Messi untuk menamatkan penantian trofi pertama kelab apabila menang Piala Liga selepas menewaskan Nashville SC 10-9 menerusi penentuan sepakan penalti susulan terikat 1-1 dalam aksi penuh perlawanan.

Pada aksi final yang berlangsung di Geodis Park menyaksikan Nashville mencipta beberapa gerakan berbahaya dalam 20 minit pertama.

Bagaimanapun, Messi berjaya menceriakan penyokong Inter Miami pada minit ke-23 apabila melepaskan satu sepakan lencong yang menerjah penjuru gawang Callender untuk menjadikan kedudukan 1-0.

Nashville bangkit menyamakan kedudukan 12 minit selepas rehat menerusi gerakan yang terhasil daripada sepakan penjuru.

Advertisements

Sepakan yang diambil Hany Mukhtar melencong ke arah gawang sebelum ditanduk Sam Surridge ke arah gol dan kemudiannya disambung Fafa Picault untuk gol penyamaan, 1-1.

Nashville cuba mencari gol kemenangan menerusi deretan peluang namun gagal menembusi gawang Callender untuk kali kedua sekali gus mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Messi dan dua bekas rakan sepasukan di Barcelona, Jordi Alba dan Segio Busquet berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk Miami sementara sepakan Randall Leal diselamatkan Callender manakala Victor Ulloa gagal mengambil sepakan dengan baik.

Penjaga gol, Drake Callender menjadi wira Miami apabila menyempurnakan penalti ke-11 Miami sebelum menyelamatkan sepakan penjaga gol lawan, Elliot Panicco sekali gus memastikan Miami menang trofi pertama sejak ditubuhkan lima tahun lalu.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan