26.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Cukup-cukuplah bawa politik perpecahan – Dr. Akmal

Sepatutnya inilah masa yang sesuai untuk menyatupadukan rakyat sempena bulan kemerdekaan.

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh menyelar tindakan Perikatan Nasional (PN) yang cuba membawa politik perpecahan menerusi penggunaan tema dan logo yang berbeza bagi sambutan Hari Kebangsaan.

Muhamad Akmal berkata, menggunakan alasan bahawa Kerajaan Negeri Selangor pernah melakukannya satu ketika dahulu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Katanya, PN sepatutnya berhenti berpolitik dan inilah masa yang sesuai untuk menyatupadukan rakyat sempena bulan kemerdekaan.

“Cukup-cukuplah membawa kepada politik perpecahan. Pilihan raya sudah selesai, ini masa rakyat Malaysia bersatu hati. Politikus jangan tidak habis-habis bawa agenda perpecahan.

Advertisements

“Jika alasan Kerajaan Negeri Selangor dulu boleh buat, jawapan saya adalah kalau ada orang buat benda tidak betul, tidak akan kita hendak ikut sekali buat benda yang kita rasa tidak betul,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Terdahulu, empat negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) dilapor mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza bagi sambutan peringkat negeri, berbanding peringkat Persekutuan.

Sementara itu, Muhammad Akmal berkata, orang muda sepatunya membawa idea yang lebih baik serta matang dan bukannya tampil dengan idea yang lebih teruk.

“Malaysia negara kita yang ada 14 negeri, bukan empat negeri sahaja,” sindir beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan