25.4 C
Kuala Lumpur
Monday, December 4, 2023

Politik nasional mula berubah, yang lebih stabil, lebih baik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLITIK nasional mula berubah ke arah satu susunan dan titik keseimbangan politik yang baharu iaitu yang lebih stabil serta lebih baik untuk Malaysia.

Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa berkata, ini melihat kepada keputusan Pilihan Raya di enam negeri baru baru ini.

“Satu perkara paling signifikan dan terbukti orang Melayu dan Bumiputera bersama kaum lain yang berfikiran sederhana sangat bijak dalam membuat perhitungan politik.

“Mereka juga tidak mudah diperdaya oleh pemimpin dan sangat pragmatik serta mengekalkan idealisma politik yang berbekalkan penyatuan dan kesatuan bersama kelompok teras.

“Ini satu kekuatan dan penentu hala tuju masa depan negara,”katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau.

Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, perpaduan ummah, muafakat nasional kekal sebagai benteng utama poltik negara.

“Jelas kerusi-kerusi yang dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan UMNO hanyalah kerusi yang mendapat ehsan DAP.

“Itulah strategi yang dirancang DAP sejak sekian lama. Terbukti DAP tidak boleh berkuasa tanpa subahat UMNO, AMANAH DAN PKR.

“Justeru UMNO akan terus ditolak oleh orang Melayu, dan begitu juga AMANAH dan PKR,”katanya.

Dalam pada itu, Annuar menyatakan keyakinan gelombang rakyat akan terus bergerak ke selatan.

“Gelombang rakyat yang sudah mula menjenguk ke Negeri Sembilam dalam PRN baru baru ini akan terus bergerak ke selatan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai dan Simpang Jeram, insya-Allah,”katanya. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Lantik Raja Affandi sebagai Ahli Dewan Negara – Shabery

KERAJAAN diminta mempertimbangkan cadangan melantik calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri...

Lagi Artikel Berkaitan