24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Rebat Rahmah pengamal media hanya bagi pelan pascabayar

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMBERIAN rebat bil telefon pengamal media di bawah Insentif Rebat Rahmah hanya untuk mereka yang menggunakan pelan pascabayar bagi bil bulan ini sahaja.

Jabatan Penerangan (Japen) menerusi kenyataan berkata, insentif bersempena Hari Malaysia itu diberikan kepada pengamal media yang mempunyai Kad Perakuan Media Japen dan berstatus warganegara sahaja.

“Pengamal media yang layak perlu mengemaskini nombor telefon pasca bayar (postpaid) dan maklumat lain yang berkaitan dengan log masuk ke akaun sistem e-Media Jabatan Penerangan Malaysia masing-masing.

“Ia boleh dilakukan di pautan https://emedia.penerangan.gov.my/ sebelum atau pada 10 September ini (Ahad) untuk menikmati Insentif Rebat Rahmah Pengamal Media ini,” katanya hari ini.

Advertisements

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pada 29 Ogos lalu mengumumkan pengamal media akan menikmati Insentif Rebat Rahmah Pengamal Media sempena Hari Malaysia.

Japen berkata, pengamal media juga dinasihatkan menyemak tarikh luput atau tempoh sah laku Kad Perakuan Media masing-masing untuk menerima insentif rebat tersebut.

“Pemberian rebat ini hanya terhad kepada bayaran komitmen bulanan sahaja tertakluk kepada terma dan syarat daripada syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) yang terlibat iaitu TM (Unifi Mobile), CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan YTL Communications (Yes).

“Maklumat lanjut Insentif Rebat Rahmah Pengamal Media boleh didapati melalui soalan lazim (FAQ) di pautan https://www.kkd.gov.my/awam/faq,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan