26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 4, 2023

Kadar OPR kekal 3 peratus – BNM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BANK Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman atau Overnight Policy Rate (OPR) pada 3.00 peratus hari ini.

BNM dalam kenyataan memberitahu, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang diadakan hari ini.

“Pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari terus menyokong pertumbuhan ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa berhubung dengan prospek pertumbuhan dan inflasi.

“MPC kekal berwaspada terhadap perkembangan semasa bagi memaklumkan penilaian prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.

“MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, BNM menambah, pertumbuhan ekonomi terkesan pada suku kedua tahun 2023 akibat permintaan luaran yang lebih perlahan dan pengeluaran komoditi yang menurun.

“Pada masa hadapan, pertumbuhan akan terus didorong oleh perbelanjaan dalam negeri yang berdaya tahan dalam keadaan persekitaran luaran yang mencabar.

“Keadaan kewangan domestik juga terus kondusif untuk pengantaraan kewangan berikutan pertumbuhan kredit yang berterusan.

“Faktor-faktor ini akan terus menyokong momentum pertumbuhan menjelang tahun 2024,” katanya.

Pada 6 Julai lalu, MPC BNM mengumumkan OPR kekal pada 3.00 peratus selepas kenaikan pertama tahun ini dilakukan pada Mei, meningkat 25 mata daripada 2.75 peratus pada Januari dan Mac lalu. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Tembakan di Bangkok: TMJ bina perisai manusia lindungi keluarga

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi detik cemas apabila membina perisai manusia bersama pasukan keselamatannya demi...

Lagi Artikel Berkaitan