26.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

BNM diharap tidak naikkan OPR – Dominic Lau

Kenaikan pada bulan Mei lalu, ternyata telah memberi beban kepada rakyat dan operasi perniagaan. Ia turut menjejaskan pelbagai kadar faedah, seperti kadar deposit, pinjaman, kadar bon dan lain-lain lagi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BANK Negara Malaysia (BNM) diharap tidak menaikkan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) susulan daripada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang diadakan hari ini dan esok.

Harapan itu dinyatakan Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai yang melihat tindakan berterusan BNM menaikkan OPR boleh membebankan rakyat.

“Kenaikan pada bulan Mei lalu, ternyata telah memberi beban kepada rakyat dan operasi perniagaan. Ia turut menjejaskan pelbagai kadar faedah, seperti kadar deposit, pinjaman, kadar bon dan lain-lain lagi.

“Kumpulan B40 dan M40 juga akan terkesan dengan kenaikan OPR kerana kedua-dua kumpulan pendapatan ini menduduki 80 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Kini, mereka masih menghadapi masalah kewangan dan ekonomi, ”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Perangkaan Bulanan Malaysia terkini, katanya, kadar inflasi keseluruhan Malaysia semakin turun, ia telah mencapai 2.8 peratus pada bulan Mei.

Advertisements

“Penurunan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh Indeks Harga Pengguna (IHP) bukan teras, terutama bahan api (turun 0.2 peratus) dan makanan (turun 0.1 peratus). Inflasi teras juga turun kepada 3.5 peratus (daripada 3.6 peratus pada bulan April).

“Kini tiada sebab dan keperluan untuk menaikkan OPR. BNM tidak sepatutnya menaikkan lagi OPR untuk mengelakkan pengaliran keluar modal, menstabilkan kadar pertukaran dan menarik pelabur untuk memegang mata wang Malaysia berikutan kejatuhan mendadak nilai ringgit baru-baru ini.

“Walaupun langkah itu boleh menghalang mata wang Malaysia daripada terus jatuh, tetapi ia juga akan memberi kesan yang buruk kepada ekonomi,”tegasnya.

Sehubungan dengan it, kata beliau, BNM perlu mempertimbangkan semula keputusan sekiranya berlaku kenaikkan.

“BNM harus mengutamakan kebajikan rakyat selain daripada mengekalkan kadar pertukaran,”ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan