26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Imigresen FC juara Liga M3

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

IMIGRESEN FC mencipta sejarah tersendiri apabila muncul juara Liga M3 atau Kejohanan Bank MBSB 2023 selepas menundukkan Melaka FC, 1-0 di Stadium Hang Tuah, petang tadi.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan Abdul Azim Rahim menerusi sepakan penalti pada minit ke-34 sekali gus menjulang nama Imigresen FC selaku pemenang.

Kejuaraan sulung Imigresen FC turut dibantu dengan keputusan seri 1-1 yang dicatat pendahulu, Kuala Lumpur (KL) Rovers dengan kelab di tangga ketiga, Harini FT di Stadium UPM, Serdang.

Skuad bimbingan Mat Zan Mat Aris itu menamatkan saingan di tangga teratas dengan 55 mata, dipisahkan hanya satu mata dengan KL Rovers selaku naib juara Liga M3.

Advertisements

Sementara itu, Sarawak United dan Naga Ultimate FC diturunkan pangkat ke Liga M4 selepas berada di kedudukan dua terbawah selepas 24 perlawanan.

Sarawak United gagal memberikan saingan musim ini apabila hanya merekodkan empat mata, terikat dengan Naga Ultimate di dasar liga namun hanya dibezakan menerusi jumlah bolos.

Dalam pada itu, dua lagi pasukan mewakili negeri, Perlis United dan Melaka FC mengharungi kempen yang hambar apabila masing-masing menamatkan saingan di kedudukan kelapan dan kesembilan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan