26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Lagi bom lama ditemukan, kali ini di Felda Adela, Kota Tinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LAGI kes penemuan bom lama dilaporkan di Johor, kali ini di Felda Adela, Kota Tinggi yang ditemukan oleh seorang peneroka ketika membersihkan kawasan tersebut.

Sehubungan itu Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor telah mengambil tindakan memusnahkan bom lama Unexploded Ordnance (UXO) jenis Rounds 90 milimeter (mm) itu, petang tadi.

Menurut pengendali Facebook Polis Johor berkata, bom tersebut ditemukan oleh seorang peneroka semasa membersihkan kawasan tersebut.

“Tindakan pemusnahan telah dijalankan dengan menggunakan teknik high order melalui kaedah elektrik.

“Pemusnahan telah dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang kehilangan ke atas nyawa dan kerosakan harta benda,” katanya.

Advertisements

Kenyataan itu berkata, Polis Johor menyeru orang ramai agar melaporkan segera di balai polis berhampiran sekiranya menjumpai objek yang mencurigai atau dipercayai bom untuk tindakan siasatan lanjut.

“Diingatkan juga supaya jangan diusik, dialih atau digerakkan objek tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini,” katanya.

Kelmarin, seorang pekerja ladang menemukan sebutir bom lama ketika melakukan proses pembersihan di Ladang Sembrong Kiri, Sembrong, juga di Johor.

Penemuan bom jenis Artillery Shell bersaiz 155 milimeter (mm) pada pukul 11.10 pagi itu kemudiannya dimaklumkan kepada polis untuk diambil tindakan.

UPB IPK Johor bersama UPB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang telah mengambil tindakan memusnahkan butir bom lama tersebut di lokasi kejadian. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan