Tuesday, July 21, 2026

Piala Malaysia: Terengganu bawa pulang bekalan tipis

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TERENGGANU FC membawa pulang bekalan tipis satu gol dari Cheras apabila menundukkan Kuala Lumpur (KL) City FC, 2-1 dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium KLFA, malam ini.

Skuad bimbingan Tomislav Steinbrückner itu bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga penghujung babak pertama untuk memecah kebuntuan menerusi jaringan penyerang import, Ivan Mamut.

Pelawat terus mendominasi di babak kedua dan memaksa KL City bermain secara bertahan.

Tekanan demi tekanan yang diberikan berhasil apabila Sang Penyu memperoleh gol kedua menerusi jaringan cantik dari luar kawasan penalti oleh Nik Sharif Haseefy.

Anak buah Nenad Bacina itu bagaimanapun memperoleh sepakan penalti pada waktu kecederaan.

Bekas penyerang Terengganu, Tchetche Kipre tidak berdepan masalah menyempurnakan sepakan bagi merapatkan jaringan, 2-1.

Kemenangan ini cukup penting buat Terengganu yang memburu final keduanya dalam tempoh enam tahun selepas kali terakhir melakukannya pada 2018.

Aksi timbal balik akan diadakan 3 November ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan