25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Piala FA: Bernhart catat kemenangan sulung bersama TRW

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KELANTAN FC mengakhiri rentetan lima perlawanan tanpa kemenangan apabila menewaskan Manjung City FC, 3-0 dalam aksi Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Perak malam tadi.

Berkunjung ke Manjung di bawah kendalian jurulatih baharu, Frank Bernhart, skuad The Reds Warriors terlebih dahulu mengasak dan pada minit ke-20 menyaksikan percubaan Mario Arques sekadar singgah di tepi jaring.

Gol yang dicari akhirnya tiba pada minit ke-33 menerusi jaringan Arques yang menyudahkan hantaran Nuha Marong untuk menjadikan kedudukan 1-0.

Babak kedua menyaksikan tuan rumah menguji Rozaimi Rahamat di gawang Kelantan FC menerusi percubaan jarak jauh Afeeq Iqmal pada minit ke-48.

Advertisements

Manjung City terus mencuba dan pada minit ke-54 percubaan deras Shahrul Naim Hisham sedikit tersasar.

Kelantan FC memberi respons sebaliknya. Anak buah Bernhart menjaringkan gol kedua pada minit ke-59 apabila Nuha yang tidak dikawal mudah menolak masuk bola hantaran silang Miguel Cifuentes.

The Red Worriors memadamkan terus api kebangkitan tuan rumah menerusi gol ketiga yang dijaringkan Nuha pada minit-90 sekali gus membawa mereka ke suku akhir.

Kemenangan ini menyaksikan akan ada satu lagi ‘derbi Pantai Timur’ apabila Kelantan FC dijadualkan bertemu Terengganu FC yang menewaskan Melaka 4-0 malam tadi. – Edisi 9.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan