26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Martinez terpaksa diketepikan hingga akhir musim

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER United menerima tamparan hebat apabila tonggak utama di bahagian pertahanan Lisandro Martinez terpaksa diketepikan sehingga akhir musim akibat retak tulang metatarsal.

Kecederaan pertahanan antarabangsa Argentina itu menyusul selepas gandingannya di benteng United, Rafael Varane turut terlepas beberap minggu juga kerana kecederaan.

Martinez diusung keluar ketika aksi Liga Europa Khamis lalu ketika seri 2-2 menentang Sevilla di Old Trafford.

Pengurus United, Erik Ten Hag dalam sidang media praperlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam enggan bercerita tentang isu kecederaan apabila ditanya mengenai status Martinez.

“Maaf, ianya (kecederaan) belum pun 24 jam, jadi diagnosis belum selesai. Jadi, saya tidak boleh memberitahu tentangnya buat masa ini.

Advertisements

“Bila kami ada berita, kami akan terus memberitahu kamu semua,” katanya.

Sementara itu, United menerusi kenyataan memaklumkan keadaan semasa Martinez.

“Martinez terpaksa diketepikan sehingga akhir musim selepas retak tulang metatarsal di kakinya.

“Bagaimanapun, pemain Argentina itu dijangka akan sembuh sepenuhnya menjelang pembukaan musim depan,” ujarnya.

Ketiadaan Varane dan Martinez membataskan pilihan Ten Hag di pertahanan tengah dengan Harry Maguire dan Victor Lindelof sahaja disahkan cergas. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan