28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

MOT kuatkuasa ‘road-ban’ sempena Aidilfitri

Larangan itu akan dikuatkuasakan pada 20 dan 21 April 2023 (sebelum perayaan) serta pada 24 dan 25 April 2023 (selepas perayaan).

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) menguatkuasakan Larangan Pemanduan Ke Atas Kenderaan Barangan (road-ban) bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

MOT menerusi kenyataan berkata, larangan itu akan dikuatkuasakan pada 20 dan 21 April iaitu sebelum perayaan serta pada 24 dan 25 April, selepas perayaan Aidilfitri.

Menurutnya, ia akan dilaksanakan selepas mengambil kira peningkatan trafik ketara khususnya bagi kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman.

“Tujuan utama road-ban ini adalah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian dan perintah penurunan had laju kebangsaan juga akan turut dikuatkuasakan bersama-sama road-ban ini,” katanya.

Advertisements

Katanya, menurut Perintah Had Laju Kebangsaan (Pemberhentian Sementara) dan Perintah Had Laju Tempatan (Jalan Persekutuan) (Larangan Masa Tertentu), had laju kenderaan motor diturunkan kepada 80 km sejam di seluruh Malaysia.

Jelas MOT lagi, road-ban dilaksanakan atas tujuh jenis kenderaan barangan termasuk seperti lori pembawa dan lori jongket yang berat dengan muatannya melebihi 7,500 kg, lori pengangkut rendah, treler tiang, treler pelantar dan lori balak.

Katanya, kenderaan lain termasuk lori berat dengan muatannya melebihi 7,500 kg yang mengangkut simen, besi, keluli, batu, pasir, tanah, amang, bijih timah, arang batu atau bahan binaan atau bahan galian yang lain.

“Turut dilarang ialah lori kontena yang mengangkut barangan (kecuali lori kontena yang mengangkut barangan dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan perindustrian di dalam negeri yang sama dan sebaliknya),”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan