27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Lagi pegawai kanan menteri ditahan SPRM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lagi pegawai kanan kepada Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar dilaporkan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Individu itu kini direman selama empat hari bermula hari ini hingga Isnin depan.

Penahanan itu turut disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Advertisements

Semalam, media melaporkan seorang pegawai kanan kepada Sivakumar ditahan SPRM dalam serbuan di Kementerian Sumber Manusia berkaitan isu pengambilan pekerja asing.

Sivakumar yang maklum berhubung penahanan pegawai tersebut dilaporkan berkata, beliau dan Kementerian Sumber Manusia akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM jika diperlukan. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan