26 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Arsenal tawar RM355.8 juta untuk dapatkan Havertz

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ARSENAL meningkatkan tawaran secara lisan bernilai RM355.8 juta bagi mendapatkan penyerang Chelsea, Kai Havertz.

Pakej tawaran tersebut difahamkan terbahagi kepada yuran perpindahan RM326.2 juta sementara bakinya adalah bayaran untuk bonus bagi pencapaian pemain tersebut di Stadium Emirates.

Chelsea dilaporkan menolak tawaran sebanyak RM296.5 juta yang dikemukakan The Gunners minggu lalu namun kelab utara London itu dilapor tidak akan mengalah dan akan kembali dengan tawaran baharu.

Ini kerana Arsenal mahu urusan perpindahan tersebut diselesaikan secepat mungkin selepas kelab itu berjaya mencapai kesepakatan dengan Havertz berhubung terma perjanjian.

Havertz ditawarkan gaji minggu minimum sebanyak RM1.25 juta dan kini menunggu persetujuan Chelsea untuk menjualnya.

Advertisements

The Blues menilai harga penyerang Jerman itu sekitar RM415-RM444.8 juta.

Bagaimanapun, Chelsea dijangka tidak mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikan saga perpindahan Havertz.

Ini kerana kelab itu mahu merombak pasukan dan memerlukan sumber kewangan hasil penjualan pemain dengan pemain tengah Brighton, Moises Caicedo menjadi sasaran.

Arsenal pula, mahu segera mendapatkan Havertz kerana mahu membida pemain tengah West Ham, Declan Rice musim panas ini bagi memperkukuhkan pasukan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan