26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

XOX telco pertama sediakan khidmat ke muka pintu

Mesti Baca

XOX BHD (XOX) dan One XOX Sdn Bhd (ONEXOX) menjadi syarikat telekomunikasi (telco) pertama menyediakan perkhidmatan ke muka pintu menerusi pengenalan X-Bike dan X-Truck yang akan digerakkan di seluruh negara.

Ia juga seiring dengan komitmen XOX dan ONEXOX ke arah menyediakan perkhidmatan sambungan dan telekomunikasi yang inklusif kepada pelbagai segmen pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan XOX, Ng Kok Heng, berkata X-Bike dan X-Truck akan berfungsi untuk memudahkan dan meringankan beban pengguna untuk mendapatkan talian telekomunikasi serta perkhidmatan data internet pada kadar yang berpatutan dalam jangkauan.

Beliau berkata, pengguna terutamanya yang tinggal di kawasan terpencil dengan akses terhad ke bandar berdekatan atau tidak dapat hadir ke cawangan XOX kini akan mempunyai pilihan perkhidmatan yang lebih baik.

“Kami menyediakan perkhidmatan dan kemudahan pelanggan secara 360 darjah kepada pelanggan, tanpa mengira lokasi.

“Dengan adanya X-Bike dan X-Truck, misi utama kami adalah untuk memastikan tiada sesiapa yang terpinggir untuk mendapatkan keperluan penting.

“Teknologi dan perkhidmatan telekomunikasi harus disediakan dengan mudah dan boleh diakses oleh semua orang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kok Heng berkata, produk telekomunikasi kumpulan juga adalah antara produk yang berdaya saing dalam pasaran dengan data tanpa had dan panggilan untuk kedua-dua pelan prabayar dan pascabayar.

Advertisements

Beliau berkata, ia memberikan pelanggan lebih nilai untuk wang mereka sebagai balasan.

Katanya, berdasarkan peningkatan berterusan yang telah dilaksanakan ke atas produk, kumpulan menjangkakan lonjakan permintaan pasaran.

“X-Bike bersedia untuk memenuhi keperluan yang meningkat ini dengan mudah,” katanya.

X-Bike ialah perkhidmatan pertama seumpamanya di Malaysia untuk syarikat telekomunikasi yang menyediakan perkhidmatan mencapai pelanggan di depan pintu.

Dengan menggunakan X-Bike, peniaga XOX yang ditetapkan akan menghantar permintaan pesanan pelanggan ke lokasi masing-masing.

Sementara itu, X-Truck ialah kedai runcit bergerak yang akan banyak digunakan untuk jerayawara dan acara di seluruh negara selain berfungsi sebagai papan tanda jenama bergerak untuk lawatan promosi.

Setakat ini, 50 unit X-Bike dan lima unit X-Truck tersedia untuk menyediakan perkhidmatan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan