32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Dakwaan tujuh MP Bersatu sokong Anwar bukan rekaan

Mesti Baca

DAKWAAN Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal bahawa tujuh atau lapan lagi Ahli Parlimen Bersatu akan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diyakini benar.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, ini kerana sebelum ini beliau pernah dimaklumkan oleh beberapa rakan rapat Syed Abu Hussin yang mahu menyokong Anwar pada hari terakhir penggulungan Belanjawan 2024 dan ternyata benar.

“Justeru cerita tujuh atau lapan Ahli Parlimen Bersatu akan ikut jejak lima yang lain diyakini bukan rekaan.

“Tujuh nama yang beliau sebut di majlis tertutup itu memang munasabah,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Mohd Puad mengulas dakwaan Syed Abu Hussin bahawa ada beberapa lagi Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat.

Berdasarkan laporan media, beliau mendakwa kira-kira tujuh atau lapan Ahli Parlimen PN dari beberapa negeri akan menyokong Anwar.

Advertisements

Syed Abu Hussin bagaimanapun enggan mendedahkan identiti Ahli Parlimen terbabit dan sama ada mereka daripada Pas atau Bersatu.

Difahamkan kesemua Ahli Parlimen itu akan menyatakan sokongan mereka pada sidang Parlimen bulan depan.

Sehubungan itu, Mohd Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu mengingatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agar melupakan hasrat untuk menubuhkan kerajaan “mi segera”.

“Elok Sanusi lupakan hasrat untuk tubuh kerajaan “mi segera”. Ikut saja cakap (Tan Sri) Hadi Awang iaitu Pas sanggup tunggu hingga PRU (Pilihan Raya Umum) Ke-16.

Semalam, Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi Pilihan Raya PN mendakwa parti itu sudah mempunyai jumlah akuan bersumpah (SD) mencukupi dan hanya menunggu hari untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan