27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Petronella dilantik ketua jurulatih Malayan Tigress B-17

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Scott O’Donell berkata, Petronella dipilih kerana merupakan satu-satunya jurulatih wanita di negara ini yang memiliki Lesen Kejurulatihan AFC/FAM A.

Katanya, pemilihan itu dibuat sejajar dengan visi memperkasakan bola sepak wanita dengan membina skuad yang terdiri daripada kaum wanita.

“Komitmen tinggi Petronella dalam bola sepak wanita dapat dilihat menerusi pembabitan berterusan terhadap pembangunan sukan berkenaan di negeri kelahirannya, Sabah.

“Selain itu, kebolehan serta kredibiliti Petronella sebagai seorang jurulatih juga boleh dilihat selepas diberi kepercayaan untuk mengendalikan skuad Malayan Tigress B-17 pada Kejohananan JENESYS 2022 di Okinawa, Jepun pada 17 hingga 21 Mac lalu.

“Saya berharap pelantikan Petronella akan membuka lembaran baharu buat bola sepak wanita negara sekali gus dapat memberi inspirasi dan motivasi untuk wanita berkecimpung dalam bidang kejurulatihan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Petronella pernah menggalas tugas sebagai penolong jurulatih skuad Malayan Tigress B-18 pada kempen Kejuaraan AFF Wanita B-18 di Palembang, Indonesia tahun lalu.

Sementara itu, ketua jurulatih skuad senior Malayan Tigress, Soleen Al-Zoubi melihat pelantikan Petronella sebagai permulaan yang cukup baik bukan sahaja untuk skuad kebangsaan malah buat pertandingan domestik bola sepak wanita Malaysia.

“Saya dan Petronella sentiasa berkomunikasi dan berbincang mengenai sesi latihan serta program-program pembangunan untuk pemain-pemain kami yang boleh dilakukan bersama.

“Pengalamannya sebagai bekas pemain kebangsaan sejak 2002 hingga 2009 juga sudah tentu dapat membantu beliau dalam membentuk pemain-pemain muda di dalam skuadnya.

“Besar harapan saya untuk melihat lebih ramai lagi jurulatih-jurulatih yang terdiri dari kaum wanita mengendalikan pasukan di dalam negara,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan