36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Lagi berpecah Melayu, lagi banyak ‘duit buta’ – Tun M

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa lebih berpecah orang Melayu, lebih banyak lagi “duit buta” yang akan didapati oleh orang Melayu.

Ujar bekas Presiden UMNO itu, ini kerana lebih ramai lagi yang akan mencuri duit untuk tujuan sogokan.

Dakwa Dr Mahathir lagi, sekiranya Melayu menolak perpaduan, mereka akan menyokong perpecahan serta individu yang berjuang untuk mendapatkan duit dan jawatan.

“Mereka akan sokong perpecahan yang sedang berlaku di kalangan orang Melayu. Mereka akan sokong orang yang utamakan kepentingan diri, orang yang berjuang untuk dapat duit dan jawatan melalui politik, orang yang undi kerana sogokan.

“Perbanyaklah parti Melayu. Jangan berhenti. Pecah lagi. Akan bahagialah anak cucu Melayu sebagai pengemis duit buta.

“Tak payah kerja. Perbanyaklah PRK (pilihan raya kecil), PRN (pilihan raya negeri) dan PRU (pilihan raya umum). Perbanyaklah parti politik Melayu. Perlekehlah semua pejuang perpaduan,” katanya dalam Facebook hari ini.

Beliau meluahkan perasaan kecewanya terdapat kecenderungan orang Melayu yang berpendapat kaum itu tidak mungkin bersatu.

“Oleh itu tak usahlah cuba menyatu orang Melayu. Ia tak akan berjaya. Mereka yang berpendapat seperti ini tentu akan tolak sebarang usaha untuk menyatupadukan orang Melayu.

Bahkan, Dr Mahathir juga menyatakan hutang juga akan semakin bertambah.

“Jangan pedulikan siapa yang sogok asalkan disogok. Yang menyogok tentulah orang yang berduit, walaupun duit itu dicuri.

“Dan mereka akan menang dan kerajaan akan didiri oleh mereka. Kerajaan oleh pencuri, perasuah akan curi duit kerajaan, akan pinjam berbilion untuk dicuri.

“Akan bertambahlah hutang yang tak dapat dibayar. Pedulikan. Asalkan orang Melayu dapat duit buta disebabkan perpecahan orang Melayu.

“Bodohlah jika tak terima duit buta. Tak payah kerja dapat duit. Undi sahaja,” luahnya.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan